Your browser doesn't support javascript.
loading
Show: 20 | 50 | 100
Results 1 - 1 de 1
Filter
Add filters








Language
Year range
1.
Medicine and Health ; : 30-40, 2019.
Article in English | WPRIM | ID: wpr-825529

ABSTRACT

@#Kemerosotan kesihatan otak merupakan suatu wabak di seluruh dunia. Penyakit Alzheimer dan demensia lain adalah antara penyakit yang tertinggi kos untuk dirawat, dengan perbelanjaan penjagaan langsung melebihi mereka yang menghidap kanser dan penyakit jantung. Pengambilan terlalu banyak dan terlalu kerap produk makanan terproses telah menyumbang kepada peningkatan kemerosotan kesihatan pada usia yang muda. Madu telah diketahui di seluruh dunia sejak sekian lama merupakan salah satu produk asli dan semulajadi untuk digunapakai sebagai makanan kesihatan terutamanya disebabkan oleh kandungan antioksidan dan fenoliknya. Beberapa dekad kebelakangan ini, banyak kajian telah dilakukan untuk memahami proses biologi gangguan kerosakan terhadap sel otak dan cara untuk menghentikan atau melambatkan proses berkenaan menggunakan produk semulajadi. Madu telah menunjukkan potensi besar yang mampu mengurangkan atau melambatkan gangguan kemerosotan saraf ini. Berdasarkan kajian terbaru penggunakan madu dan kesannya ke atas anatomi dan fisiologi otak, menunjukkan bahawa madu mempunyai potensi untuk menghentikan atau merawat gangguan kemerosotan kesihatan otak.

SELECTION OF CITATIONS
SEARCH DETAIL