Your browser doesn't support javascript.
loading
Show: 20 | 50 | 100
Results 1 - 2 de 2
Filter
Add filters








Year range
1.
Malaysian Journal of Health Sciences ; : 1-11, 2019.
Article in Malayalam | WPRIM | ID: wpr-822656

ABSTRACT

@#Kajian terdahulu menunjukkan kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui amalan keagamaan dan kerohanian. Hafazan al-Quran merupakan amalan keagamaan dan kerohanian yang memperkasa aspek mental dan fizikal. Namun, kajian saintifik yang mengaitkan hafazan al-Quran dengan kualiti hidup masih terhad terutamanya dalam konteks pelajar tahfiz. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hafazan al-Quran dengan kualiti hidup dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor, Malaysia. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 116 pelajar dengan pensampelan rawak berstrata dari tiga buah sekolah tahfiz di Selangor. Pelajar tahfiz dikategorikan kepada tiga tahap hafazan berdasarkan jumlah juzuk yang telah dihafaz iaitu Tahap 1 (1-10 juzuk), Tahap 2 (11-20 juzuk) dan Tahap 3 (21-30 juzuk). Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data sosiodemografi dan borang soal selidik Short Form-36 Quality of Life (SF-36) versi Bahasa Malaysia telah digunakan untuk menilai tahap kualiti hidup. Data telah dianalisa menggunakan SPSS versi 23.0. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara hafazan al-Quran dengan kesihatan fizikal (r = 0.300, p < 0.05) dan kesihatan mental (r = 0.194, p < 0.05). Ini jelas menunjukkan bahawa semakin banyak pelajar menghafaz al-Quran semakin tinggi tahap kualiti hidup mereka. Faktor yang mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal adalah jumlah muka surat hafazan. Kesimpulannya, hafazan al-Quran berpotensi meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan mental dan fizikal pelajar tahfiz.

2.
Malaysian Journal of Health Sciences ; : 129-136, 2018.
Article in English | WPRIM | ID: wpr-732535

ABSTRACT

Tahfiz education has been well accepted by Muslims in Malaysia. Memorizing the Quran through rote learning can assistin improving the brain ability to process, store information and build memory. In addition, dietary intakes were reportedto contribute in the process of memorizing the Quran and to increase the levels of intelligence (IQ) among huffaz students.This cross-sectional study was conducted to measure and to determine the correlation between IQ and dietary intakeas well as between IQ and the level of trace elements among students in selected tahfiz schools and non-tahfiz school inSelangor. Questionnaires were used to obtain demographic data. Dietary intake was assessed via 3 days dietary record.Levels of trace elements in the nail samples were analyzed by using ICP-MS. Test for intelligence using WASI-II wasconducted to measure the students’ IQ. The results showed that there was a moderate positive correlation between IQ andcarbohydrate (r = 0.425, p < 0.001, a weak positive correlation between IQ and energy (r = 0.260, p < 0.05), vitaminB6 (r = 0.189, p < 0.05), vitamin B12 (r = 0.207, p < 0.05) and vitamin C (r = 0.211, p < 0.05). The levels of traceelements in nail samples showed no correlation with IQ, whereas there were moderate positive correlations between IQand dietary zinc (r = 0.375, p < 0.001) as well as between IQ and dietary iron (r = 0.303, p < 0.001). There was also amoderate positive correlation between IQ and the level of memorization (r = 0.375, p < 0.001). The results of stepwisemultiple linear regression showed that al-Quran memorization influence the level of IQ by 20 %. As a conclusion, dietaryintake of certain nutrients including energy, vitamins and selected trace elements can potentially improve memorizationactivities and also IQ.

SELECTION OF CITATIONS
SEARCH DETAIL