Your browser doesn't support javascript.
loading
Mostrar: 20 | 50 | 100
Resultados 1 - 1 de 1
Filtrar
Añadir filtros








Intervalo de año
1.
Artículo en Malayalam | WPRIM | ID: wpr-1038779

RESUMEN

Pengenalan@#Soal selidik sebagai alat untuk mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 masih belum digunakan secara meluas oleh kebanyakan penyelidik. Di Malaysia, tiada soal selidik yang dibina dan disahkan untuk tujuan tersebut. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membina dan mengesahkan soal selidik sebagai alat ujian yang baru bagi mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli di Malaysia. @*Metodologi@#Kajian rintis ini melibatkan 30 orang penduduk Orang Asli di Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang. Indeks Kesahan Kandungan (CVI) digunakan untuk menguji kesahan kandungan soal selidik, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan konsistensi dalaman soal selidik ditentukan menggunakan Exploratory factor analysis (EFA) dan Cronbach’s Alpha. @*Hasil Kajian@#Satu set soal selidik terdiri daripada empat konstruk telah dibina iaitu kepercayaan, amalan perubatan tradisional, adat dan budaya tradisional, dan sokongan sosial. Sebanyak 16 item telah dikekalkan di dalam EFA dengan nilai Cronbach’s Alpha setiap konstruk adalah 0.617, 0.778, 0.773 dan 0.779. @*Rumusan@#Soal selidik yang telah dibina ini berjaya divalidasi dan boleh digunakan untuk mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli. Walau bagaimanapun, penambahbaikan masih perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan soal selidik ini relevan terutamanya jika ia digunakan ke atas populasi atau dari negara yang berbeza dari Malaysia, dengan mengambil kira juga penyakit yang berbeza.

SELECCIÓN DE REFERENCIAS
DETALLE DE LA BÚSQUEDA