Your browser doesn't support javascript.
loading
Mostrar: 20 | 50 | 100
Resultados 1 - 1 de 1
Filtrar
Adicionar filtros








Intervalo de ano
1.
Medicine and Health ; : 1-16, 2019.
Artigo em Inglês | WPRIM | ID: wpr-825527

RESUMO

@#Gelatin sering digunakan dalam pembuatan kerangka kejuruteraan tisu kerana ia mempunyai ciri-ciri biologi yang baik, termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Genipin, bahan semula jadi yang diperolehi dari tumbuhan Gardenia, terbukti berkesan dalam memperkukuhkan ciri-ciri fizikokimia gelatin. Ulasan sistematik ini melaporkan pengetahuan terkini mengenai pengunaan genipin sebagai agen penyilangan gelatin. Dua pangkalan data elektronik telah digunakan, iaitu Scopus dan MEDLINE melalui Ebscohost. Carian dilakukan untuk penerbitan antara Januari 1999 hingga Disember 2018 menggunakan kata kunci ‘gelatin’ dan ‘genipin’. Makalah berbahasa Inggeris, yang melaporkan kegunaan genipin untuk pembuatan span gelatin telah dipilih. Terdapat 830 makalah dijumpai melalui carian kata kunci di mana 14 makalah telah dipilih dan dibincangkan dalam ulasan sistematik ini. Dapatan kajian termasuk kepekatan, suhu penyilangan, dan cara pembuatan yang optima untuk genipin. Kepekatan genipin yang optima adalah 0.5% dan suhu penyilangan yang optima adalah 25˚C. Keputusan kajian ini menunjukkan jurang pengetahuan dalam pengunaan genipin sebagai agen penyilangan gelatin dan lebih kajian diperlukan untuk mengisi jurang ini. Kajian ini menyediakan tinjauan meluas berkenaan pengetahuan terkini mengenai penggunaan genipin sebagai agen penyilangan gelatin.

SELEÇÃO DE REFERÊNCIAS
DETALHE DA PESQUISA